KEMERIAHAN BUFFET RAMADHAN 2016 DI BGR RESTAURANT - BGR Restaurant

KEMERIAHAN BUFFET RAMADHAN 2016 DI BGR RESTAURANT

KEMERIAHAN BUFFET RAMADHAN 2016 DI BGR RESTAURANT

restaurant near bangi ‌

Ramadhan ini, Bangi Golf Resort sekali lagi menjemput para tetamu untuk menikmati Bufet Ramadhan yang akan bermula dari 9 Jun hingga 4 Julai 2016.

 

Terkenal dengan penyediaan buffet yang menawarkan pelbagai jenis aneka juadah menarik dan pada harga berpatutan, BGR (Bangi Golf Resort) Restaurant sekali lagi akan menawarkan sehingga 200 jenis pilihan juadah yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Harga baucar bermula dari RM 58 bagi dewasa dan RM 29 bagi kanak-kanak.

 

Untuk juadah yang bercirikan selera Melayu dan Timur, BGR Restaurant dengan bangganya memperkenalkan menu Selera Pantai Timur iaitu masakan terkenal dari negeri Kelantan sebagai tarikan utama untuk Bufet Ramadhan pada tahun ini. Nasi Kerabu ialah sejenis nasi yang dihidangkan bersama ulam, ikan masin, keropok ikan, dan disajikan dengan pelbagai hiasan menarik. Warna biru nasi kerabu yang terhasil daripada kelopak Bunga Telang iaitu sejenis bunga hutan merupakan teknik tradisional masyarakat Kelantan untuk menyediakan masakan ini. Selain itu, BGR Restaurant juga menyediakan pilihan makanan Melayu yang menjadi kegemaran ramai seperti Rendang Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang. Bagi menu ala Oriental, BGR Restaurant akan menyediakan juadah seperti “Buttered Prawns”, Daging Masak Lada Hitam dan Filet Ikan bersama Sos Serai.

 

restaurant near bangi

 

restaurant near bangi

 

restaurant near bangi

 

Bufet Ramadhan di BGR Restaurant sering menjadi pilihan orang ramai terutamanya kaum keluarga dan rakan taulan bagi meraikan bulan Ramadhan. Menurut Chef Kamarudin yang telah berkhidmat di BGR Restaurant selama lebih 9 tahun, “Kami di BGR Restaurant akan terus menghidangkan pelbagai pilihan menu untuk Ramadhan dan pada masa yang sama mengekalkan citarasa asal dari menu tradisional. Bufet Ramadhan di BGR Restaurant merupakan kejayaan besar pada setiap tahun dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Oleh itu kami gembira untuk menerima para tetamu pada tahun ini.”

 

Selain itu, para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara “live” dari jam 6.30 petang sehingga 9.30pm malam setiap hari.

 

BGR Restaurant juga menawarkan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat untuk para tetamu.