TAYLOR'S UNIVERSITY PROFESSIONAL DEVELOPMENT DAY - BGR Restaurant

TAYLOR’S UNIVERSITY PROFESSIONAL DEVELOPMENT DAY

TAYLOR’S UNIVERSITY PROFESSIONAL DEVELOPMENT DAY

restaurant near bangi ‌

restaurant near bangi

Pada 24 Ogos 2016, Bangi Golf Resort (BGR) Foodservice dan Taylor’s University Malaysia sekali lagi bertemu dalam sebuah majlis ilmu yang penuh bermanfaat. Taylor’s Univeristy Professional Development Day ini dihadiri oleh barisan professional serta pensyarah berkaliber dari Taylor’s University.

 

Majlis dimulakan dengan sesi ramah mesra dimana tetamu dihidangkan dengan signature welcome drink iaitu Strawberry and Pineapple Daquiry. Para tetamu juga turut berpeluang menikmati jem premium BGR Foodservice di dalam perisa Strawberi, Nenas dan Kaya Labu yang dihidangkan bersama roti bakar sebelum sesi perkongsian ilmu bermula.

 

restaurant near bangi

 

Majlis diteruskan dengan pengenalan tentang proses Cook-Chill System yang diterap dalam penyediaan makanan oleh BGR Foodservice. Di dalam masa yang sama, para tetamu berpeluang bukan sahaja untuk menyaksikan sendiri bagaimana proses ini dapat dijalankan, malah dapat merasa sendiri hidangan panas yang terhasil daripada proses ini.

 

restaurant near bangi

 

Antara intipati yang turut diperbincangan di dalam majlis ilmu ini ialah perkongsian pengalaman warga BGR disepanjang transformasi organisasi ini sebelum meniti kejayaan yang dikecapi pada masa kini. En. Soh Chung-Ky yang merupakan Pengarah BGR Foodservice meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh para pensyarah Taylor’s University berkenaan dengan penjagaan kualiti makanan serta masa depan BGR Foodservice dalam industri makanan dan pemprosesan.

restaurant near bangi

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi Kitchen Tour yang membolehkan para tetamu melihat sendiri dengan lebih dekat serta memahami mekanisme yang digunakan oleh BGR Foodservice dalam penyediaan hidangan seharian. Sebelum majlis berakhir, tetamu disajikan dengan hidangan pencuci mulut Gelato Durian dan Gelato Cendol yang berkualiti tinggi dan menjadi kebangaan BGR Foodservice.

restaurant near bangi